Sebelum kita ingin menjadi seorang fasilitator sudah semestinya kita mesti mengetahui kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh seseorang fasilitator bagi merancang dan mengelola sesuatu aktiviti. Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran merancang dan mengelola aktiviti? Siapakah yang terlibat bagi menguruskan sesuatu program mahupun aktiviti?
Perkara utama yang menjadi tanda tanya dalam merancang dan mengelola sesuatu aktiviti ialah apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran tersebut? sudahkah kita mengetahui bahawa setiap fasilitator mestilah mempunyai kemahiran tersebut namun apakah definisi sebenar kemahiran tersebut? Di sini, saya akan mengupas dan memperincikan kemahiran merancang dan mengelola aktiviti bagi seseorang fasilitator. Menurut Drucker (1972) menyatakan bahawa pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat atau objektif yang paling berkesan. Manakala menurut Yuki (1994) pula menyatakan bahawa sistem pengurusan adalah berorientasikan kestabilan. Pengurus mengajak individu membuat sesuatu dengan lebih berkesan.
Melalui kemahiran ini, para pengurus akan bekerjasama dalam sesebuah kumpulan dalam sesebuah organisasi dan tugas-tugas akan dilakukan oleh para pengurus atau fasilitator. Tapi siapakah yang dimaksudkan dengan pengurus atau fasilitator itu sendiri ? Ha.. fasilitator mahupun pengurus ini ialah seseorang yang menggerakkan matlamat organisasi kepada kejayaan dengan menggunakan manusia, wang dan sumber yang terhad. Bukan setakat itu sahaja, para fasilitator ini terdiri daripada kalangan yang akan memastikan bakat, kebolehan, kemampuan dan kemahirannya sebagai seorang pemimpin Maksudnya, setiap dari kalangan mereka mestilah mempunyai kemahiran leadership bagi merancang dan mengelola sesebuah aktiviti.
Kita berpindah pula kepada keterampilan yang diperlukan oleh seseorang pengurus ataupun fasilitator. Antara keterampilan yang diperlukan oleh seseorang pengurus ialah:
- Merancang & Mentadbir
- Berkomunikasi
- Mengurus kendiri
- Kerja berpasukan
- Pengetahuan yang global
- Tindakan strategik
Setiap pengurus/fasilitator mestilah memenuhi piawaan yang diperlukan dengan menguasai beberapa kemahiran yang akan membantu mereka bagi mengelola sesuatu aktiviti mahupun program. Terdapat beberapa kemahiran yang sewajarnya dipatuhi oleh setiap pengurus termasuklah:
1. Kemahiran mendengar:
Fasilitator perlu menggunakan kemahiran melayan secara fizikal dan mental. Biasanya fasilitator lebih banyak mendengar daripada bercakap yang dikatakan sebagai melayan orang lain yang hendak meluahkan perasaan mereka.
2. Kemahiran melayan:
Fasilitator akan memberikan perhatian tanpa lisan kepada individu tersebut
3. Teknik meminta penjelasan:
Teknik ini dapat membantu fasilitator menjelaskan sesuatu situasi yang berlaku serta membantu ahli memahami perasaan dan pengalaman sendiri.
Fasilitator perlu memberikan penjelasan sekiranya maklumat yang disampaikan adalah kurang jelas.
4. Teknik menghalang ganti:
Dengan adanya teknik ini, kita dapat menyelesaikan konflik yang mungkin berlaku/ amat diperlukan dalam situasi tertentu seperti ahli cepat memberi nasihat.
5. Teknik pemudah cara (Goal Setting):
Fasilitator dapat menetapkan atau menentukan matlamat ke arah pengajaran dan pembelajaran yang lebih rasional.
5. Teknik pemudah cara (Goal Setting):
Fasilitator dapat menetapkan atau menentukan matlamat ke arah pengajaran dan pembelajaran yang lebih rasional.
Antara kepentingan Goal Setting:
1. Mengawal PdP dengan baik
2. Membantu penumpuan yang lebih baik
3. Menyiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan
4. Membantu meningkatkan keyakinan diri
inilah yang tugas yang perlu dilaksanakan oleh seseorang fasilitator bagi supaya sesuatu program tersebut berjalan dengan lancar. |
Sebagai kesimpulannya, setiap fasilitator mestilah mempunyai dan menguasai kemahiran merancang dan mengelola aktiviti supaya dapat menjalankan sesebuah program dengan baik. Sebagai pengurus pula mereka mestilah menggerakkan kejayaan pencapaian matlamat organisasi dengan menggunakan manusia, wang dan sumber yang terhad. Seterusnya, merekalah yang bertanggungjawab bagi memastikan bakat, kebolehan, kemampuan dan kemahirannya sebagai seorang pemimpin supaya dapat memimpin generasi di luar sana menjadi insan yang berakhlak mulia dan beramal soleh. Akhir sekali, para fasilitator ini jugalah yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas berdasarkan prinsip, perintah yang telah ditetapkan supaya matlamat program tidak jauh menyimpang daripada matlamat dan prinsip yang asalnya.
Penulis: Faten Natasya bt Sulaiman
no. angka giliran: 2017112310106
Nama Kursus: Kemahiran belajar (GKB1053)
nama Pensyarah: Puan Roselita bt Ali
Unit: BNK (SK)