GKK


Asalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi kerja kursus Kesihatan Diri Dan Kecergasan (GKK 1043).  Saya Ameena Hadhari sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sempurna walaupun pada mulanya agak sukar untuk saya siapkan. Namun, berkat pertolongan pensyarah dan kawan-kawan khususnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Semasa pengagihan tugasan ini, kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan segak dan bleep. Kami telah menjalankan ujian ini pada 8 hingga 11 pagi di Gymnasium IPG pada tarikh 11.10.2017. Kami hadir lebih awal daripada waktu yang ditetapkan bagi membantu AJK peralatan dalam menyediakan kelengkapan dan peralatan bagi ujian bleep dan segak. Sebelum ujian tersebut dijalankan, kami telah melakukan aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh Syafiqah bagi mengelakkan kecederaan dan kekejangan otot.
Seterusnya, kami menjalankan ujian segak. Ujian segak adalah ujian fizikal yang dilakukan untuk mengukur tahap kecergasan seseorang individu berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK). Matlamat aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengukur tahap kecergasan fizikal seseorang individu sama ada dalam keadaan sihat atau tidak. Antara aktiviti yang saya lakukan semasa ujian segak adalah naik turun bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa dan jangkauan melunjur Sebelum ujian ini dijalankan, kami telah dibaca prosedur yang jelas dan demonstrator telah menunjukkan cara pelaksanaan yang betul terhadap aktiviti-aktiviti ini. Aktivti ini dilakukan selepas pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI). Sepanjang ujian ini dijalankan, saya telah mendapati beberapa kekuatan dalam aspek pengendalian. Misalnya, cara pengendaliannya yang bersistematik kerana ujian dijalankan dalam keadaan yang teratur. Kerjasama yang erat yang dipamerkan antara ahli kumpulan juga terserlah semasa aktiviti itu dijalankan. Namun, masih ada juga kekurangan dalam aspek pengendalian seperti masa yang diambil terlalu panjang untuk menyiapkan sesuatu aktiviti. Saya mengharapkan agar di masa yang akan datang, saya dan kawan-kawan dapat memperbaiki kelamahan ini kerana ini merupakan pengalaman pertama kami dalam pengendalian aktiviti.
Selepas selesai ujian segak dijalankan, kami telah melakukan ujian bleep. Ujian bleep adalah ujian lari ulang-alik sejauh 20 meter yang dijalankan untuk menguji kecergasan dan daya tahan kardiovaskular seseorang individu. Dalam ujian ini, saya telah berjaya mencapai tahap 4-1. Ini merupakan pencapaian yang baru untuk saya. Mungkin ini disebabkan saya telah melakukan beberapa aktiviti untuk meningkatkan stamina dan kecergasan saya seperti jogging dan bermain bola jaring. Kekurangan yang saya dapati ketika ujian bleep dijalankan adalah bunyi rakaman beep yang perlahan dan tidak jelas menyebabkan kami tidak dapat meneruskan larian dengan lancar. Namun, kekurangan ini telah diatasi dengan pengendalian ujian yang sempurna dan terancang.
Kesimpulannya, melalui kerja kursus GKK 1043, saya telah mempelajari cara pengendalian aktiviti dan dapat memahami dengan lebih jelas tentang kebaikan ujian segak dan bleep. Banyak ilmu dan teknik yang saya dapat pelajari daripada tugasan ini. Kedua-dua ujian ini telah banyak memberi manfaat kepada kesihatan dan tubuh badan saya.

BELAJAR ASAS BELAJAR

GKK

Asalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi kerja kursus Kesihatan Diri Dan Kecergasan (GKK 1043).   Saya Ameena Hadhari sangat...